Ayah :'(
satu nama yang cukup bermakna dalam diri aku. untuk melihat dia terbaring lesu di atas katil hospital, bukan mudah aku nak terima. hari sabtu lepas ayah kena serangan jantung, dan dalam keadaan kritikal. boleh bayang macam mana aku nak terima?? ayah yang selama ni sihat walafiat tiba tiba jatuh sakit yang serius macam tu. aku menangis dan cakap dekat ayah 'please, be strong.' dan ayah cakap balik 'don't cry baby'. macam mana aku nak terima? sakit sangat :'(
ya Allah, panjangkan lah umur ayah. selamatkan la ayah dunia dan akhirat. ganti la nyawaku dengan ayah ya Allah sekiranya sudah sampai serunya. kerna ramai lagi yang perlukan ayah..
mohon jasa baik kalian yang membaca entry ini untuk mendoakan ayah semoga terus bertahan dan kembali sihat. amin.
:'(