setiap yang bernafas, pasti akan mati..
aku mungkin tak kenal siapa dia Faris Nur Daniel.
tapi lepas terbaca satu tweet di twitter dan baca nukilan Mazidul Akmal, baru aku tahu siapa dia Faris.
seorang kanak kanak yang menderita sakit barah darah dan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari ini 23/2/2012. takziah kepada keluarga almarhum.
sedih hati ini dan berderau darah seluruh tubuh badan ketika membaca perihal tentang arwah
masih kanak kanak dan belum mengerti apa itu kehidupan.
arwah yang ketika dulunya normal sama seperti kanak kanak lain dan telah disahkan menghidap barah darah, menderita hampir 3 minggu dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir.
alangkah sedihnya hati ibu bapa almarhum.
mati itu pasti.
sesungguhnya,
Maha suci Tuhan yang mematikan setiap yang bernyawa
tak kira tua muda bayi kanak kanak
telah tiba Malaikat Maut datang menjemput
tak akan ada satu apa pun yang akan menjadi batu penghalang
ingatlah,
sekalian kita makhluk Tuhan pasti akan mati, binasa dan jahanam
melainkan zat Allah Ta'aala
menuju kamu ke negeri akhirat, almarhum Faris
dan kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
jawablah,
Allah Taala Tuhanku
Muhammad Nabiku
Islam Agamaku
Al-Quran Ikutanku
Baitullah Kiblatku
mati adalah benar, soalan Munkar dan Nakir adalah benar, bangun dan dikumpulkan semula adalah benar, Padang Masyar adalah benar, dihisab dan dihitung amalan itu adalah benar, syurga dan neraka itu adalah benar. semua itu adalah benar.
selamat berpisah dan selamat tinggal di sisi Tuhanmu, Allah Ta'aala.
syurga Allah adalah tempatmu, wahai si kecil.
Al-Fatihah.
Kullu Nafsin Za Iqatul Maut - Setiap Yang Bernafas Pasti Akan Mati